Tuesday, July 24, 2012

Diri Saya

Hai, salam perkenalan. Laman blog ini bagi mengisi masa kekosongan. Saya adelah anak kelahiran Johor Bahru. Anak kedua dr 5 org adik beradik perempuan dan mempunyai 3 orang anak, 2 putera dan seorang puteri. Aktiviti seharian as usual sgt sibuk dan padat. Saya bekerja dibahagian pentadbiran di syarikat hartanah. Walau rutin harian amat sibuk, saya menikmatinya dengan rasa kepuasan yang tak dapat dibayangkan bila melihat anak2 gembira. Kerana itu adalah tanggungjawab seorang ibu pada anak2nya. 

Aktiviti hujung minggu byk dihabiskan spt beriadah dgn berbasikal atau berjalan2. Biarlah masa yang sedikit itu menjadi "quality time" for them. Namun, anak sulung kami tlh memasuki asrama penuh di MCKK, jika mempunyai masa kami akan menjenguknya di sana. Semoga dia dapat memanfaatkan masa ketika berada di sana demi masa depannya. We love you so much. Semoga dia menjadi contoh yang baik untuk adik-adiknya. AMIN..

                                                      INILAH KAMI SEKELUARGA
                                                             MY PRECIOUS LIFE

HUBBY & I


Bola..bola..bola

Pada Jumaat 20/7/2012 lepas kami telah menyaksikan Queens Park Rangers melawan  The Red Warriors di stadium Shah Alam.. first time pergi tengok bola kat stadium.. best jugakkan.

 
Tapi yang tak bestnya pasukan The Red Warriors (Kelantan) telah kecundang dengan kemenangan QPR 5-0. Cuba lagi next year. (kalau adelah).

Tidak habis di situ saja, pada 24/7/2012, kami telah menyaksikan pula Arsenal melawan Malaysia sempena Arsenal Tour 2012 di Stadium Bukit Jalil.. memang 'awesome'.

Pemain Malaysia boleh berbangga melihat pemain2 kita bersungguh-sungguh di atas padang walau pada hakikatnya mereka berpuasa di siang hari. First half Malaysia mendahului dengan 1-0. Tapi pada saat2 akhir perlawanan, Arsenal telah mengejar dengan 2 gol mengakhiri perlawanan dengan Malaysia kecundang 1-2.
Permainan yang hebat. Tahniah Harimau Malaya.. cuba lagi tahun depan!! Kami sokong HARIMAU MALAYA!!!

                                                          US di Stadium Bukit Jalil
                                           

Ramadhan 2012

Alhamdulillah..masih diberi nafas untuk menyambut ramadhan tahun 2012. Perancangan tahun ini seperti biasa ingin meningkatkan amalan dan mendekatkan diri pada yg Maha Esa.. Sesungguhnya kesayuan tetap terasa di dalam lubuk hati apabila mengingatkan ayahanda yang telah pergi buat selamanya.. tahun kedua aku menyambut ramadhan tanpanya ,... :-(
Ya-Allah, berilah kelapangan kubur baginya dan jauhkanlah seksaan kubur buatnya. Ya-Allah.. ampunilah dosa-dosa nya yang lalu.. dan kau tempatkan lah ayahku dikalangan umat mu yang beriman..
Juga ku pohon padamu Ya-Allah, lindungilah bapa mertuaku, semoga dia juga ditempatkan didalam golongan umatmu yang beriman.. AMIN.
Alfatihah untuk kedua-dua ayah yang amat aku sayangi dunia dan akhirat..
Arwah Raja Zainal Abidin B Raja Mohd Salleh (ayah)

Arwah Haji Abdullah B Hassan (ayah mertua)

SEMOGA TENANG DI SANA..INSYA'ALLAH